PEMBEKAL AYAM DARA
SEGAR & BERKUALITI
Ayam Dara
Panjang Kee
Selamat datang ke Ayam Dara PJK, pembekal ayam dara segar yang terbesar di Malaysia. Di sinilah pengalaman kami sebagai pemborong ayam dara dan kepakaran dalam bidang kulinari bergabung.
Misi kami adalah untuk menjadi pilihan utama sebagai pembekal ayam dara segar di Shah Alam, Klang, PJ, dan Selangor yang berkualiti dan konsisten. Dengan rantaian bekalan yang teratur dan sentiasa bersedia, kami menjamin pemenuhan pesanan dengan tepat. Kami menawarkan pakej dalam pelbagai saiz dalam lingkungan 100 gram bagi setiap peringkat untuk memenuhi keperluan ada.
Hubungilah kami untuk bekalan spring chicken online sekarang!
*Semua produk kami dijamin halal oleh JAKIM.
Ayam Terbaik Dari Ladang
Ayam Baby dan Ayam Dara yang segar
Nikmati Rasa Ayam Berkualiti
Dari Ayam Dara Supplier Online
Di Panjang Kee, kami mengkhususkan diri dalam membawa ayam dara yang paling segar terus ke dapur anda.
Pilihan produk kami luas, dari seekor ayam kepada bilangan potongan tertentu, semua disesuaikan dengan keperluan dapur anda.
KENAPA
AYAM DARA PJK?
Bekalan konsisten dari pembekal spring chicken yang terpecaya
Kami mampu memenuhi keperluan bekalan ayam dara kerana dibekal terus dari partner ladang kami.
Penghantaran 360 hari sepanjang tahun
Penghantaran ayam dara segar dari premis ke premis setiap hari sekitar kawasan Lembah Klang.
Khidmat pemotongan percuma disediakan
Perkhidmatan pemotongan mengikut kehendak anda mampu mengurangkan kos tenaga kerja dan masa.
PENCAPAIAN KAMI
Tahun Pengalaman
Penilaian di laman Facebook
(441 Reviews)
Pelanggan Ayam Dara PJK
TESTIMONI PELANGGAN
“Pengalaman beli-belah yang luar biasa! Ayam dara yang dijual oleh PJK sangat enak dan pasti terjamin kebersihannya. Terima kasih, saya pasti akan menjadi pelanggan tetap!”
SOALAN LAZIM
Apakah perbezaan antara ayam dara (spring chicken) dengan ayam biasa?
Ayam dara (spring chicken) adalah ayam muda yang diternak sebelum mencapai kematangan, biasanya antara 28 hingga 42 hari. Ciri-cirinya termasuk daging yang lebih lembut dan tekstur yang halus kerana kurangnya pembentukan lemak berbanding ayam yang lebih matang.
Ayam biasa pula adalah ayam yang sudah mencapai kematangan, biasanya lebih daripada 90 hari, dengan tekstur daging yang lebih padat.
Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang perbezaan antara ayam dara dan ayam biasa dalam artikel kami.
Apakah kelebihan membeli daripada ayam dara supplier online?
Jika anda membeli daripada ayam dara supplier online, ia akan memudahkan proses pembelian dan penghantaran yang lebih pantas. Panjang Kee ada membekalkan perkhidmatan pemotongan mengikut kehendak anda.
Apa yang perlu dipertimbangkan apabila memilih pembekal ayam dara segar untuk restoran atau perniagaan saya?
Anda perlu mempertimbangkan faktor-faktor seperti:
- kualiti produk
- kebolehpercayaan penghantaran
- perkhidmatan pelanggan yang baik
- harga yang kompetitif
Ayam dara PJK kami segar, bersih, dan mempunyai kualiti yang tinggi. Kami juga mampu membekalkan ayam secara konsisten dan penghantaran setiap hari di sekitar Lembah Klang.
Bagaimana proses penyediaan ayam dara dilakukan di Panjang Kee?
Di Panjang Kee, setiap langkah penyediaan ayam dara dilakukan dengan teliti dan mematuhi piawaian halal. Proses bermula dengan penyembelihan yang dilakukan oleh individu Muslim bertauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor, diikuti oleh pemeriksaan oleh Pemantau Halal. Selepas itu, ayam melalui proses rendaman untuk menurunkan suhu di bawah 4˚C dalam masa 60 minit bagi mengawal mikrob. Kemudian, ayam ditimbang, diasingkan mengikut berat dan permintaan pelanggan sebelum dipotong mengikut keperluan setiap pesanan. Ini memastikan kualiti tinggi dan kesegaran ayam dara dari ladang hingga ke dapur anda.
Mengapa memilih Panjang Kee sebagai pembekal ayam di PJ, Selangor?
Panjang Kee terkenal sebagai pembekal ayam PJ, Selangor yang menawarkan ayam dara segar berkualiti tinggi dengan penghantaran konsisten setiap hari di sekitar Lembah Klang. Kami memastikan setiap ayam melalui proses penyediaan halal, dan setiap pesanan dipenuhi dengan tepat mengikut keperluan pelanggan. Dengan pengalaman lebih 20 tahun, kami menjamin kepuasan pelanggan melalui kawalan kualiti yang ketat.
Apakah kelebihan membeli dari Panjang Kee (supplier ayam segar)?
Sebagai supplier ayam segar, Panjang Kee menawarkan perkhidmatan penghantaran 360 hari setahun dengan jaminan kesegaran pada setiap pesanan. Kami juga menyediakan perkhidmatan pemotongan percuma mengikut permintaan, memudahkan perniagaan anda untuk menyediakan hidangan dengan cepat. Kualiti ayam segar yang kami bekalkan memastikan masakan anda lebih enak dan bernutrisi tinggi.
Apakah itu ayam baby?
Ayam Baby adalah ayam muda yang mempunyai berat antara 500 hingga 700 gram. Ayam ini terkenal dengan daging tekstur yang lembut menjadikannya pilihan yang ideal untuk hidangan yang cepat dimasak seperti kukus. Di Panjang Kee, kami memastikan setiap Ayam Baby yang kami tawarkan adalah segar dan berkualiti tinggi, memberikan pengalaman makan yang lazat dan memuaskan.