icon-topSection

MENGENAI KAMI

Panjang Kee

icon-topSection

SUMBER UTAMA AYAM DARA
SEGAR & BERKUALITI

About-test

AYAM DARA Panjang Kee

Panjang Kee Sdn Bhd adalah pembekal ayam dara yang segar, bersih dan sihat, menggabungkan pengalaman sebagai pemborong dengan kepakaran dalam bidang kulinari. Kami komited dalam sentiasa memenuhi keperluan pelanggan dengan kualiti yang konsisten dan perkhidmatan yang mudah, tepat dan cepat.

Misi kami adalah pembekalan ayam dara yang berkualiti secara konsisten untuk memudahkan anda. Dengan rantaian bekalan yang rapi dan sentiasa bersedia, kami menjamin pemenuhan pesanan dengan tepat, menawarkan pakej dalam pelbagai saiz dalam lingkungan 100-gram bagi setiap peringkat untuk memenuhi apa jua keperluan.

Dengan tawaran harga borong kami yang disertakan dengan kos penghantaran percuma dan ditambah lagi dengan perkhidmatan pemotongan ayam, anda pasti akan lebih jimat. Setiap pesanan ayam dara adalah segar, sedia untuk dimasak dan tepat mengikut pilihan anda.

Ternakan ayam dara dilakukan secara semulajadi, memastikan agar ayam kami bebas daripada hormon, antibiotik dan vaksin. Komitmen kepada kualiti inilah yang menghasilkan ayam dara yang bermutu tinggi yang menjadi pilihan ramai.

About-Intro

VISI & MISI

Misi kami adalah untuk menyediakan kemudahan kepada para pelanggan kami dengan memberikan kualiti ayam dara yang terbaik, mengikut saiz dan menepati standard piawaian kesihatan yang ditetapkan . Dengan menggabungkan teknik penternakan terdahulu bersama teknologi penghantaran dan pemprosesan terkini, kami yakin mampu menjadi pembekal utama ayam dara di Malaysia kelak.

About-VisionMission

NILAI TERAS

Jaminan Kualiti

Setiap ayam dara keluaran kami dijamin kesegarannya, diternak tanpa menggunakan sebarang hormon, antibiotik atau vaksin bagi memastikan rasa yang asli.

Keutamaan Pelanggan

Kami mengutamakan kepuasan pelanggan melalui pembekalan ayam dara yang menepati piawaian beserta khidmat penghantaran percuma serta khidmat pemotongan.

foodtruck2-pic6

Panjang Kee terus mengembangkan perniagaan secara digital pada tahun 2020 di mana menyediakan kemudahan kepada pelanggan untuk mendapatkan ayam segar dan telur ayam secara mudah dan terus dari rumah.

Panjang Kee percaya pada kepuasan pelanggan, mempunyai kualiti dan perkhidmatan terbaik, adalah tonggak keutamaan dan kejayaan kami. Dengan inovasi dan kepintaran yang berterusan, berkembang mengikut peredaran masa dan seiring dengan permintaan yang semakin pesat untuk rakyat Malaysia, kini kami juga menyediakan khidmat penghantaran di seluruh Lembah Klang dan merancang untuk mengembangkan kawasan sehingga meliputi seluruh Malaysia!

icon-topSection

SEJARAH PANJANG KEE

Encik Kee yang lebih dikenali dengan nama “Panjang Kee” memulakan perniagaan pemborong ayam pada tahun 1999 atas nama pendaftaran Panjang Kee Sdn Bhd.

Bermula 1999, Encik Kee mula membekalkan ayam segar dan telur ayam ke pelbagai perniagaan komersial seperti restoran, pasar borong, pasar segar dan juga pasaraya atas nama Panjang Kee Sdn Bhd yang mana terus membawa prinsip menyediakan produk segar dan berkualiti.

Panjang Kee terus mengembangkan perniagaan secara digital pada tahun 2020 di mana menyediakan kemudahan kepada pelanggan untuk mendapatkan ayam segar dan telur ayam secara mudah dan terus dari rumah.

Panjang Kee percaya pada kepuasan pelanggan, mempunyai kualiti dan perkhidmatan terbaik, adalah tonggak keutamaan dan kejayaan kami. Dengan inovasi dan kepintaran yang berterusan, berkembang mengikut peredaran masa dan seiring dengan permintaan yang semakin pesat untuk rakyat Malaysia, kini kami juga menyediakan khidmat penghantaran di seluruh Lembah Klang dan merancang untuk mengembangkan kawasan sehingga meliputi seluruh Malaysia!

icon-topSection

RASAI KESEGARAN
AYAM DARA PJK

OUR CHEF

Viverra neque velit, eget purus facilisis scelerisque tempus in nullam. Mattis pellentesque risus pharetra, egestas. Proin elit imperdiet nec nec semper augue. Viverra ut in arcu donec dignissim amet. Malesuada hendrerit malesuada sed ac id sed ac eu cursus.

Nec pulvinar habitant id praesent in mi est. Urna, eget nunc amet hac dolor. Amet pellentesque sodales massa rutrum vestibulum. Consequat nibh dui id vulputate.